JOM 2011

Posted by iMuslims On Thursday, 16 June 2011 0 comments

KRIS kini kembali!!!
Tampil dengan wajah baru..
Tampil dengan nama Journey Of Muslim..
JOM..kita gegarkan semula..
SMK Sebuyau Sarwak..
Alaminya Sendiri


Journey Of Muslim 2010 (JOM 2010)

Posted by Ibnu Abbas As-Syakirin On Friday, 24 December 2010 0 comments


Alhamdulillah.

Pertama dan selama-lamanya puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah.

Selawat dan salam buat penghulu kami Rasulullah, keluarga dan para sahabat yang setia. Sesungguhnya derapan langkah perjuangan mereka yang bertunjangkan keikhlasan kepada Allah, menjadi asbab kita masih menikmati nikmat islam dan iman hari ini.

Jika hari ini kita membuka mata, kita melihat realiti kehidupan remaja islam khususnya, ramai yang telah terpengaruh dengan budaya-budaya buruk barat. Budaya yang menghancurkan remaja secara senyap. Jika hari ini kita membuka lembaran sejarah, kita akan melihat realiti kehidupan remaja islam zaman dulukala, yang jauh berbeza dengan remaja hari ini.

Kita lihat, bagaimana remajanya keremajaan mereka.

Kita lihat pada Ibrahim.

Zaman remajanya berani terang-terangan menundukkan kebatilan. Sedangkan kebatilan yang berlaku di hadapan matanya bukanlah sesuatu yang kecil. Berhala, patung-patung binaan ayahnya sendiri dimusnahkan demi menyampaikan betapa tuhan yang hanya layak disembah adalah Allah. Tegasnya menyisipkan kebenaran, sehingga sanggup dilontar ke dalam api yang panas lalu tiada hangus.

Itu Ibrahim.

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.

(Surah Ibrahim ayat 35)

Lihat bagaimana keremajaan Ali.

Sanggup menggadaikan nyawa sendiri di atas katil Rasulullah menggantikan baginda untuk mengelirukan pihak musuh. Belasan tahun telah menjadi pendokong kekasih Allah. Bangun seraya berkata : Ya Rasulullah, akulah yang akan menolongmu, aku bersedia memerangi sesiapa sahaja yang memerangimu.

Begitu Ali, ketika remajanya.

Journey Of Muslims 2010 (JOM '10)

Remaja hari ini, perlu diterapkan nilai-nilai remaja seperti mereka. Betapa islam adalah satu-satunya agama dan cara hidup yang benar. Maka untuk itu, Kelab Remaja Amal, Yayasan Amal Malaysia berusaha untuk mengadakan program buat remaja. Semoga melalui program ini, generasi yang lahir adalah generasi Rabbani, yang sentiasa menunjang agama dalam setiap aspek kehidupan.

Alhamdulillah.

JOM '10 merupakan program yang akan dilaksanakan. Bertempat di Taman Selera, Tanjong Lobang Miri pada 25 Disember 2010 (sabtu). Merupakan kesinambungan dari program Kem Remaja Islam (KRIS) untuk memberikan kefahaman kepada para peserta (tidak jumud kepada bekas peserta KRIS sahaja) akan kepimpinan dan pengurusan organisasi serta persediaan sebagai pemimpin berkarisma.

InsyaAllah sekaligus dapat mengumpulkan kembali para peserta program KRIS di dalam satu liqa' ilmu bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator di samping merapatkan simpulan ukhwah sesama kita. Berikut merupakan tentatif program :

0730 - 0815 : Ketibaan peserta

0815 - 0845 : Modul Ta'aruf

0845 - 0900 : Sarapan Pagi

0900 - 1000 : Pengisian 1

1000 - 1200 : Modul 1 (Explorace)

1200 - 1400 : Solat Zohor, tazkirah dan makan tengah hari

1400 - 1500 : Sesi motivasi bersama mahasiswa/mahasiswi

1500 - 1600 : Modul 2

1600 - 1630 : Solat asar dan tazkirah

1630 - 1730 : Slot khas bersama Ustaz Khairi (Mantan Paderi SIB)

1730 - 1745 : Penutupan

1745 : Bersurai

Segala kekeliruan boleh hubungi di talian +60148911948 begin_of_the_skype_highlighting +60148911948 end_of_the_skype_highlighting

Akhirnya, tidaklah kami mengharapkan yang sempurna, tetapi insyaAllah semua pihak akan berusaha untuk mencapai ke arah kesempurnaan program ini kelak. Justeru, semoga para peserta datang dengan membawa niat keikhlasan, dan pulang membawa segenggam kekuatan untuk menjadi pewaris pemimpin ummah pada masa hadapan.

Ingatlah sabda Rasulullah :


"Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk mendapatkan ilmu (pengetahuan) maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga,”

(Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Hadis berisi khabar gembira daripada Allah.

Betapa Dia memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang gemar menuntut ilmu pengetahuan, dan sanggup mendatangi majlis-majlis ilmu yang diadakan walaupun terpaksa menempuh jalan yang jauh dan sukar, supaya mudah masuk ke dalam syurga-Nya.

Semoga dapat kami menerapkan nilai keremajaan sepertimana remajanya Ibrahim dan Ali ketika zaman remajanya. Remaja yang hidup bertunjangkan islam semata-mata dan tidak gentar menyampaikan kebenaran. Semoga dapat melahirkan remaja yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan professional dalam setiap nadi pengurusan kehidupan.

Jadi adik-adik, tunggu apa lagi?

Marilah mengikuti program!

Cemerlanglah bersama islam!


KRIS '10 Sentuhan Mahasiswa Untuk Masyarakat Desa

Posted by iMuslims On Thursday, 10 June 2010 2 comments

Pertama dan selamanya kita sama rafa'kan seinfiniti kesyukuran kehadrat Allah SWT diatas segala kurniaan dan kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah SWT dalam rangka usaha menyebarkan syiar Islam ke setiap pelusuk bumi Allah yang indah dan hebat ini. Selawat dan salam buat baginda tercinta Muhammad SAW dan keluarga baginda. Tidak lupa jua pada para sahabat Baginda.

Kem remaja Islam Sarawak 2010 yang diadakan di SMK Sebuyau Sarawak, suatu kenangan yang sangat unik tidak dapat kita ungkaikan hanya dengan kata-kata melainkan dengan merasai keajaibannya tersendiri. Langkah demi langkah diambil oleh kami(Sekretariat Mahasiswa Islam Sarawak@SEMISSA) dengan usaha sama Kelab Mahasiswa Amal Sarawak (dibawah Yayasan Amal Malaysia Caw. Sarawak) sejak beberapa bulan yang lalu bagi mengadakan seterusnya melaksanakan serta menjayakan program KRIS 2010 SMK Sebuyau Sarawak. Turut menyertai usaha dakwh ini ialah Jabatan Agama Islam Sarawak, JAIS dan pihak pentadbiran sekolah, SMK Sebuyau Sarawak.

Ukhuwah Terbina, Sahsiah Terlaksana dan Aqidah Terpelihara. Tema KRIS 2010. Ianya menyasarkan pembinaan ukhuwah antara peserta dengan peserta dan peserta dengan AJK KRIS 2010, pembinaan dan penerapan akhlak terpuji didalam diri remaja dan meneguhkan kefahaman terhadap ISLAM bagi memelihara aqidah Islam dalam diri.

Seramai lebih 90 orang peserta yang menyertai. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Lake (Bau), SMK Paku (Bau), SMK Sri Sadong, SMK Sadong Hilir, SMK Asajaya dan SMK Sebuyau.


Untuk pengetahuan semua, AJK yang telah tiba 2 hari lebih awal sempat mengunjungi beberapa tempat di sini. Antaranya, melawat rumah panjang yang berada disekitar kawasan ini. Bot digunakan untuk sampai ke rumah panjang tersebut. Walaupun hanya untuk seketika dirumah panjang, namun ahli SEMISSA dan ISIS tidak melepaskan peluang untuk bermesra dan bersalaman dengan mereka. Ternyata, rakyat di Sebuyau sememangnya perihatin dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan kami. Jutaan terima kasih kami ucapkan.

Ucapan jutaan terima kasih jua kami ucapkan kepada pihak penganjur diatas memberi keizinan dan kesudian memilih kami sebagai pengendali program KRIS kali ini. Jutaan terima kasih juga buat seluruh penyumbang-penyumbang dana kepada program kali ini. Jutaan terima kasih juga buat pegawai pentadbiran, staf-staf dan pekerja di SMK Sebuyau diatas layanan yang begitu baik sepanjang kami berkampung di SMK Sebuyau.

Ucapan jutaan terima kasih jua buat sahabat Ikatan Studi Islam Sarawak,ISIS diatas sumbangan tenaga mahupun kewangan sepanjang program ini dijalankan. Tidak lupa jua kepada keluarga Saudara Wan Lukman Hakim diatas pengorbanan yang kalian lakukan demi menjayakan program ini. Ucapan terima kasih kepada Saudara Abg Mohd Syukri Bin Abg Muis diatas kesudian meminjamkan kamera dan beberapa peralatan lain.

Akhir sekali, Jutaan tahniah dan terima kasih kepada seluruh penggerak KRIS 2010 SMK Sebuyau Sarawak diatas usaha yang tidak pernah jemu-jemu dari langkah pertama KRIS sehingga ke detik ini. Tahniah buat peserta-peserta yang berjaya melalui 3 hari bersama ahli SMISSA dan ISIS. pengalaman dan memori yang akan tersemat didalam hati-hati kami.

Kepada nama-nama yang tidak disebutkan diatas, mohon ampun dan maaf. Semoga kalian semua memperoleh falah yang Allah janjikan.

p/s: boleh kontax bro zul untuk gambar KRIS 2010..sekian


Hot Topic: KRIS 2010 Zon UTARA

Posted by iMuslims On Monday, 3 May 2010 1 comments

Kem Remaja Islam Sarawak '10 Zon Utara
Tarikh : 15 - 17 Jun 2010
Tempat : Kolej Tunku Haji Bujang
Anjuran : Kelab Mahasiswa Amal dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak Cawangan Miri



*Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian..Wallahualam..

SUMBANGAN DARI MANA-MANA PIHAK AMATLAH KAMI HARAPKAN. SUMBANGAN INI BERTUJUAN BAGI MENAMPUNG SEGALA KEKURANGAN YANG TERDAPAT DALAM PROGRAM ITU NANTI. SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK ISLAM YAYASAN AMAL MALAYSIA
(NO AKAUN:11022010032002).


Hot Topic: KRIS 2010 Zon SELATAN

Posted by iMuslims On Monday, 26 April 2010 0 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillahirrabbilalamin..Segala puji2an buat MU, Allah Azza Wa Jalla...Selawat dan salam buat Rasul Tercinta dan keluarga serta para sabat baginda yang dikasihi..

Kem Remaja Islam Sarawak 2010 kali ini memilih SMK Sebuyau Sarawak sebagai venue untuk kali ini.. Kesemua pelajar dari SMK Sebuyau, Tingkatann3, 4 dan 5 dijemput untuk menghadiri KRIS 2010.. Bagi pelajar tingkatan 3 dan 4 dari sekolah-sekolah menengah yang berada disekitar Sebuyau, anda juga dijemput untuk menyertai KRIS 2010 di SMK Sebuyau. Berikut merupakan butiran-butiran bagi KRIS 2010:



Kem Remaja Islam Sarawak 2010
Tarikh : 4 Jun hingga 6 Jun 2010
Tempat : SMK Sebuyau Sarawak
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak(AMAL)
dengan kerjasama;
Jabatan Agama Islam Sarawak(JAIS)
SMK Sebuyau Sarawak


SUMBANGAN DARI MANA-MANA PIHAK AMATLAH KAMI HARAPKAN. SUMBANGAN INI BERTUJUAN BAGI MENAMPUNG SEGALA KEKURANGAN YANG TERDAPAT DALAM PROGRAM ITU NANTI. SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK ISLAM YAYASAN AMAL MALAYSIA
(NO AKAUN:11022010032002).

SEJAJAR DENGAN FIRMAN ALLAH DIDALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 265 YG BERMAKSUD:

Perumpamaan mereka yang membelanjakan hartanya demi mendapat redha Allah dan meneguhkan (keimanan) jiwanya adalah bagaikan sebidang kebun ditempat yang tinggi. Ketika ditimpa hujan lebat maka hasil buahnya dua kali lipat banyaknya. Jika hujan lebat tidak turun maka hujan gerimis pun telah mencukupi. Dan Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

Beramal Kerana Allah.. Semoga kalian berada dalam redha Nya.

Sebarang Masalah dan Pertanyaan:

Hubungi Kami:
013 5788509 (saudara lukman)

Sertai Kami di Fb melalui kata kunci Kem Remaja Islam Sarawak


Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009

Posted by Kem Remaja Islam Sarawak [KRIS] On Friday, 12 June 2009 0 comments

KEM REMAJA ISLAM 2009, 4-7 Jamadil Akhir 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, bersama-sama kita merafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurnia dan limpahan rahmatNya, Program Kem Remaja Islam 2009 anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak (PERMIS) dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Cawangan Miri telah berjalan dengan lancar dan jayanya di Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri pada 29 Mei - 1 Jun 2009 yang lalu. Peserta Kem kali ini adalah seramai 55 orang, iaitu 24 Muslimin dan 31 Muslimat serta terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih dari Sekolah-sekolah Menengah di sekitar Miri, Bintulu dan Sibu. Seramai 19 orang Jawatankuasa Pelaksana telah terlibat dalam merealisasikan Program Kem Remaja Islam 2009 yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi UM, UTM, UTP, KIPSAS, UPSI, UPM, Politeknik dan lain-lain.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Kem Remaja Islam Sarawak 2009 adalah untuk memberi kefahaman Islam kepada peserta iaitu termasuklah:

*Memberi kefahaman Islam kepada peserta
*Menanam kecintaan kepada cara hidup Islam
*Memupuk ciri-ciri akhlak mulia, konsep berbudi dan memahami tanggungjawab sebagai anak soleh dan solehah
*Memberi kesedaran tentang kepentingan kecemerlangan akademik
*Mewujudkan ikatan silaturrahim yang lebih erat di kalangan peserta dan AJK pelaksana
*Memupuk sifat penyayang dan prihatin di kalangan mahasiswa/ mahasiswi untuk membimbing adik-adik peserta.

PENGISIAN-PENGISIAN PROGRAM

Antara pengisian program ini adalah tiga (3) Kuliah Dasar yang dijadikan sebagai pengisian utama. Setiap Kuliah Dasar kemudiannya disusuli dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) antara peserta dan fasilitator. Kuliah Dasar Pertama bertajuk “Aqidah Muslim” telah dibentangkan oleh Ustaz Nik Mohd Shazmizi bin Nik Sin dari Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang. Manakala Kuliah Dasar Kedua: “Syahadah dan Tuntutannya serta perkara-perkara yang membatalkannya, dan Kesalahan Syariah dan Enakmen-enakmen di Sarawak” pula telah disampaikan oleh Ustazah Anisah selaku Pegawai Pendakwa di Jabatan Agama Islam Sarawak. Seterusnya Kuliah Dasar yang Ketiga dibentang oleh Ustaz Malsiron bin Rogikin, Pegawai di Jabatan Agama Islam Sarawak Cawangan Miri bertajuk “Konsep Ibadah dalam Kehidupan”.

Kem Remaja Islam Sarawak 2009 turut diserikan dengan pengisian istimewa iaitu slot khas mengenai kehidupan bekas pelajar kepada pelajar kini yang bertajuk “Islam Sebagai Ad-Deen: Satu Perkongsian”. Membuatkannya lebih istimewa adalah slot ini disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak sendiri, iaitu Saudara Muhtar bin Hj Suhaili. Namun, keunikan dan keistimewaannya tidak terhenti di sini sahaja. Terdapat satu lagi slot pengisian khas iaitu Forum Akademik yang bertajuk “Cemerlang bersama Islam”. Panel-panel adalah terdiri daripada orang kuat Task Force Kecemerlangan Miri iaitu Puan Lily Hj Morni (Pengetua Cemerlang bersara) di samping Saudara Muhtar bin Hj Suhaili (Jurutera Sarawak Shell Berhad) dan Saudara Hishammudin Afifi bin Huspi (Pelajar Cemerlang Matrikulasi Labuan, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, UTM yang bakal melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana) sebagai moderator.

Sepanjang program ini, peserta-peserta telah didedahkan dengan pengertian Ukhuwwah Fillah yang kian menghilang dalam kehidupan masyarakat Islam. Iltizam dari itu, para peserta bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan sebuah Organisasi yang bernaung di bawah Yayasan AMAL iaitu Kelab Remaja AMAL. Mudah-mudahan Kelab Remaja AMAL ini akan memberi kesinambungan kepada input-input yang diperolehi sepanjang program.

Kem kali ini telah ditangguhkan oleh Cik Hasyimah bt Abang Zen, Pengetua Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang selaku tetamu kehormat Majlis Penutupan Kem Remaja Islam 2009.

PENUTUP DAN HARAPAN

Alhamdulillah, dengan kerjasama yang mantap di kalangan Ahli Jawatankuasa Pelaksana serta pihak-pihak terlibat, Kem Remaja Islam Sarawak 2009 ini dapat direalisasikan. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para peserta yang sabar dan tabah serta tekun mengikuti Program Kem Remaja Islam kali ini. Tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengelola yang diketuai oleh Saudara Mohamad Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon dan pihak-pihak yang ikhlas membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kalian terus istiqamah dalam merealisasikan misi dakwah khususnya di Bumi Kenyalang, Sarawak tercinta.
Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, terus mengikatkan hati-hati kita dalam iman dan mudah-mudahan kita semua akan istiqamah dalam kebaikan dan beroleh redhaNya. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

“REMAJA CEMERLANG BERSAMA ISLAM”

Laporan Disediakan Oleh Jawatankuasa Penganjur.

Dipetik dari: http://amalsarawak.net


Tentatif

Posted by Kem Remaja Islam Sarawak [KRIS] On Monday, 18 May 2009 0 comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tahniah diucapkan kepada anda yang telah terpilih untuk bersama-sama merealisasikan misi KRIS, "Remaja Cemerlang Bersama Islam". insyaAllah.

Jika kita berpegang pada aqidah yang benar, yakinlah, tiada lain yang dapat membawa manusia kepada kecemerlangan dunia dan juga akhirat, kecuali ISLAM.

Di bawah ini, merupakan tentatif Kem Remaja Islam Sarawak 2009:



29/5/09 (Jumaat)

4.00 pm Pendaftaran
5.00 pm Khidmat diri
5.45 pm Makan malam
6.15 pm Solat Maghrib
6.45 pm Kuliah Maghrib |Tajuk: “Hijrah menuju Allah”| (Konsep Keihklasan)
7.30 pm Solat Isyak
8.00 pm Majlis Perasmian |Ucapan : Penaung, Pengarah| Persembahan|
9.00 pm TAARUF SESSION |Ice Breaking |Lagu tema| Slot Kreatif (“Kenali Dirimu…”)|
11.00 pm Supper
11.30 pm Adab Tidur |Surah Al-Mulk & Tidur|


30/5/09 (Sabtu)


4.51 am Solat Subuh |Tazkirah Subuh| Tajuk :”Tanggungjawab Seorang Muslim”
6.00 am Riadah (gaya pahlawan)
7.00 am Khidmat diri |Sarapan Pagi|
8.00 am Kuliah Dasar (1) |Tajuk : “Aqidah Muslim”|
9.45 am Minum Pagi
10.15 am LDK (1) |“Aqidah Muslim”|
12.00 pm Makan Tengahari
12.30 pm Solat Zuhur |Tazkirah|
1.15 pm Kuliah Dasar (2) |Tajuk : “Syahadah dan Tuntutannya Serta Perkara-perkara Yang
Membatalkannya”|
2.30 ptg LDK (2)
3.15 pm Slot kreatif |“Lagu Tema”|
3.25 pm Minum petang
3.40 pm Solat asar & Al-Mathurat-
4.00 pm Riadah : Sukaneka
5.00 pm Khidmat diri |Makan Malam|
6.30 pm Solat Maghrib |Tazkirah maghrib| Tajuk : Indahnya Hidup Bersama Islam
7.49 mlm Solat Isyak
8.00 mlm Slot Kisah Hidup Bekas Pelajar Bersama Pelajar Kini |Tajuk : “Islam Sebagai Ad-Din”: Satu Perkongsian|
9.30 pm Supper
10.00 pm Recall
11.15 pm Slot Pengarah
11.30 pm Adab Tidur |Surah Al-Mulk & Tidur|


31/5/09 (Ahad)

4.00 am Qiamullail |Solat Subuh| Tazkirah Subuh|Tajuk : “Rasulullah S.A.W Qudwatul Hasanah.”|
6.00 am Riadah
7.00 am Khidmat Diri |Sarapan Pagi|
8.00 am Kuliah Dasar (3) |Tajuk : “Konsep Ibadah Dalam Kehidupan”|
9.15 am LDK (3) :Tsunami dan bahtera
10.50 am Slot Kreatif |Lagu tema/laung slogan kumpulan|
11.45 am Makan Tengahari
12.15 pm Solat Zuhur |Tazkirah|
1.00 pm Persediaan untuk persembahan peserta
3.45 pm Solat Asar & Al-Mathurat
4.00 pm Riadah : Treasure Hunt
5.00 pm Khidmat diri |Makan Petang|
6.30 pm Solat Maghrib |Tazkirah Maghrib| Tajuk : “Terima Kasih Ibu dan Ayah”
7.49 pm Solat Isyak
8.00 pm Forum Akademik “Cemerlang bersama Islam”
10.00 pm Supper
10.15 pm Persediaan untuk persembahan pelajar
12.30 pm Adab Tidur |Surah Al-Mulk & Tidur|

1/6/09 (Isnin)

4.30 am Qiamullail |Solat Subuh & Al-Mathurat| Halaqah Al-Quran|
6.00 am Riadah
7.00 am Khidmat Diri |Sarapan Pagi|
8.00 am Majlis Penutup
11.30 am LDK Khas |Hati ke Hati| Memimpin Diri-sendiri|
2.10 pm Makan Tengahari
12.40 pm Solat Zuhur
1.15 pm Resolusi
3.40 pm Solat Asar& Al-Mathurat
4.15 pm Doa wihdah & wida’


Labels