KRIS '10 Sentuhan Mahasiswa Untuk Masyarakat Desa

Posted by iMuslims On Thursday, 10 June 2010 2 comments
Pertama dan selamanya kita sama rafa'kan seinfiniti kesyukuran kehadrat Allah SWT diatas segala kurniaan dan kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah SWT dalam rangka usaha menyebarkan syiar Islam ke setiap pelusuk bumi Allah yang indah dan hebat ini. Selawat dan salam buat baginda tercinta Muhammad SAW dan keluarga baginda. Tidak lupa jua pada para sahabat Baginda.

Kem remaja Islam Sarawak 2010 yang diadakan di SMK Sebuyau Sarawak, suatu kenangan yang sangat unik tidak dapat kita ungkaikan hanya dengan kata-kata melainkan dengan merasai keajaibannya tersendiri. Langkah demi langkah diambil oleh kami(Sekretariat Mahasiswa Islam Sarawak@SEMISSA) dengan usaha sama Kelab Mahasiswa Amal Sarawak (dibawah Yayasan Amal Malaysia Caw. Sarawak) sejak beberapa bulan yang lalu bagi mengadakan seterusnya melaksanakan serta menjayakan program KRIS 2010 SMK Sebuyau Sarawak. Turut menyertai usaha dakwh ini ialah Jabatan Agama Islam Sarawak, JAIS dan pihak pentadbiran sekolah, SMK Sebuyau Sarawak.

Ukhuwah Terbina, Sahsiah Terlaksana dan Aqidah Terpelihara. Tema KRIS 2010. Ianya menyasarkan pembinaan ukhuwah antara peserta dengan peserta dan peserta dengan AJK KRIS 2010, pembinaan dan penerapan akhlak terpuji didalam diri remaja dan meneguhkan kefahaman terhadap ISLAM bagi memelihara aqidah Islam dalam diri.

Seramai lebih 90 orang peserta yang menyertai. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Lake (Bau), SMK Paku (Bau), SMK Sri Sadong, SMK Sadong Hilir, SMK Asajaya dan SMK Sebuyau.


Untuk pengetahuan semua, AJK yang telah tiba 2 hari lebih awal sempat mengunjungi beberapa tempat di sini. Antaranya, melawat rumah panjang yang berada disekitar kawasan ini. Bot digunakan untuk sampai ke rumah panjang tersebut. Walaupun hanya untuk seketika dirumah panjang, namun ahli SEMISSA dan ISIS tidak melepaskan peluang untuk bermesra dan bersalaman dengan mereka. Ternyata, rakyat di Sebuyau sememangnya perihatin dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan kami. Jutaan terima kasih kami ucapkan.

Ucapan jutaan terima kasih jua kami ucapkan kepada pihak penganjur diatas memberi keizinan dan kesudian memilih kami sebagai pengendali program KRIS kali ini. Jutaan terima kasih juga buat seluruh penyumbang-penyumbang dana kepada program kali ini. Jutaan terima kasih juga buat pegawai pentadbiran, staf-staf dan pekerja di SMK Sebuyau diatas layanan yang begitu baik sepanjang kami berkampung di SMK Sebuyau.

Ucapan jutaan terima kasih jua buat sahabat Ikatan Studi Islam Sarawak,ISIS diatas sumbangan tenaga mahupun kewangan sepanjang program ini dijalankan. Tidak lupa jua kepada keluarga Saudara Wan Lukman Hakim diatas pengorbanan yang kalian lakukan demi menjayakan program ini. Ucapan terima kasih kepada Saudara Abg Mohd Syukri Bin Abg Muis diatas kesudian meminjamkan kamera dan beberapa peralatan lain.

Akhir sekali, Jutaan tahniah dan terima kasih kepada seluruh penggerak KRIS 2010 SMK Sebuyau Sarawak diatas usaha yang tidak pernah jemu-jemu dari langkah pertama KRIS sehingga ke detik ini. Tahniah buat peserta-peserta yang berjaya melalui 3 hari bersama ahli SMISSA dan ISIS. pengalaman dan memori yang akan tersemat didalam hati-hati kami.

Kepada nama-nama yang tidak disebutkan diatas, mohon ampun dan maaf. Semoga kalian semua memperoleh falah yang Allah janjikan.

p/s: boleh kontax bro zul untuk gambar KRIS 2010..sekian

2 comments to KRIS '10 Sentuhan Mahasiswa Untuk Masyarakat Desa

  1. says:

    kasih nur syuhada thanx KRIS...mmbuat diriku berubah hingga menjadi insan yg lbih berguna,,,,,

  1. says:

    kasih nur syuhada terima kasih kakak2 n abang2 faci,,,thun dpn ada lg jmput kmi ye,,,

Post a Comment

Labels