Kata pepatah:
Melentur aur biar dari rebungnya
Kerana bila sudah menjadi buluh…
Diurut payah dilurut patah
Mendidik biar sewaktu kecil
…bagai mengukir di atas batu
Mendidik ketika dewasa
…bagai melukis di atas pasir
Tapi bagaimana kiranya
Jika di peringkat rebung lagi
Aur sudah sekah
Sudah reput dan sudah rekah
Rosak sudah di pangkal
Punah sampai ke hujung
Keruh sudah di hulu
Kelodak sampai ke hilir
Di awal alpa bismillah
Di akhir tanpa alhamdulillah
JENAYAH DI PERINGKAT SEKOLAH
MASALAH LAMA TERUS TERSERLAH
BARAH YANG SUDAH LAMA MEMBENGKAK
KINI MELETUS MENGELUARKAN NANAH
KATA SESETENGAH PIHAK – INI MASALAH ‘KECIK’
TAK SAMPAI KE TAHAP KRONIK
PERATUSNYA TAK SAMPAI SATU
TAK PERLU DIHEBOH-HEBOHKAN DULU
KATA SESETENGAH PULA – INI MASALAH NEGARA
TUNAS GENERASI SUDAH TERCALAR
KANAK-KANAK LAGI SUDAH TERCEMAR
APAKAN JADI BILA REMAJA?
APATAH LAGI NANTI DEWASA?
Didiklah putera-puteri mengenal Allah
Diteraskan al-Quran, berasaskan al-Sunnah
Diajar beradab dan beribadah
Menerusi sejarah hidup Rasulullah
Biar program awalnya bersih putih
Akar tunjangnya teguh kukuh
Jiwa, akal, emosinya gagah
Bersendikan – Awwaluddin Makrifatullah
(awal agama mengenal Allah)
Ajarkan dia menghitung dosa
Di samping belajar menghitung angka
Asuhlah dia membaca
Dengan roh ‘Iqra’ daripada Yang Esa
Ketika sudah pandai menulis
Dia seharusnya telah sedar
Akan tipuan iblis!
Ajar dia mengenal yang dicipta
Berasaskan iman kepada Pencipta
Ketika berinteraksi sesama insan
Jangan lupa komunikasi kepada Tuhan
Ketika meneguk nikmat
Ingat Pemberi Nikmat
Jangan asyik mengkaji tumbuhan dan haiwan
Hingga lupa mengenal Tuhan…
Kenalkan Allah kepada hatinya
Nescaya kenallah dia kepada ibu bapa
Masyarakat dan negara
Tetapi kalau lupa pada DIA
Dia akan lupa segala
Juga pada dirinya!
Berhenti sejenak di satu destinasi
Istirehat sejenak mengatur koreksi
Kita tidak boleh lagi terus-terusan begini
Menghasilkan penghuni Pusat Serenti
Menghasilkan manusia bohjan bohsia
Masalah dadah dan juvana
INI BUKAN LAGI SOAL PENDEKATAN
TAPI SOAL PRINSIP DAN KEYAKINAN
Jangan persoalkan kecil besar
Banyak atau sedikit
Ini bukan soal statistik atau data
Bukan soal diskusi, forum dan seminar
Tetapi soal manusia
Ya, siapa menyemai gelombang
Dia akan menuai badai
Bila rebung-rebung menjadi rentung
Kita perlu kembali ke benih
BETULKAN MUKADIMAH…
INDAHLAH NATIJAH.
Dipetik dan diubah suai dari:
Abu Asif
Manjalara, Kepong
Solusi, Isu no.4
KEM REMAJA ISLAM SARAWAK 2009 (KRIS’09)…
Salah satu jalan membetulkan ‘mukadimah’…
Demi menghasilkan ‘natijah’ yang indah…
Buat generasi pewaris Islam di Sarawak.
Bersama nantikan kemunculannya.
Setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan
Setelah lebih lima dekad Melayu memerintah
Merancang dan melaksanakan pembaharuan
Mengapa katanya Melayu masih ketinggalan?
Menjadi ‘penumpang’ dengan gelar ketuanan
Menjadi ‘pengemis’ dalam watan yang kaya-raya
Menjadi ‘miskin’ di kepuk hasil bumi sendiri
Menjadi ‘melukut’ dalam gantang pribumi
Ah, melayukah Melayu ini?
Yang melarat di pertiwi sendiri?
Tahap ekonomi masih jauh dari sasaran DEB
Takah 30% kabur
Langkah mencapainya sering terbentur
Usahawan kecil lemas dalam bantuan
Korporat ‘instant’ tenggelam dalam pinjaman
Lahir segelintir elit ekonomi yang lupa jati diri
Kaya-raya oleh label bumiputera
Tapi sudahnya melupakan bangsa
Lahir pula usahawan marhein yang miskin
Walau ilmu ditabur modal dihulur
Tapi bisnes tak ‘betul-betul’
Berniaga ‘buluh kasap’
Modal habis untung lesap!
Bankrap terlalu kerap-
Bukan lagi sesuatu yang hina
Tapi satu strategi penuh rencana
Dasar Pelajaran Kebangsaan masih impian
Bila pelajar Melayu terus ketingalan
Di IPTA atau IPTS - dari segi kuantiti atau kualiti
Bilangan mahupun kelulusan
Siswazah Melayu masih pinggiran
Soal kuota tak terisi atau kantung ibu bapa yang tak berisi?
Bahana idealisme atau bahang hedonisme?
Kata seorang pengkaji itu
Gara-gara makanan Melayu tidak bergizi
Kata media Melayu
Itu angkara sikap yang terlalu dimanjakan
Kata pemimpin
Itu akibat malas, lembap dan tak mahu bersaing
Ah, ketika begini teringat pula lagu lama
-lagu Melayu, ‘Bangau, oh Bangau!’
Bila semua pihak saling menuding jari
Demi menyelamatkan maruah diri!
Jenguk-jenguk pulalah ke Pusat Serenti
Tanyakan ‘apa khabar’ orang di sana
Atau singgah sahaja di lorong belakang Chow Kit
Sapalah remaja harapan bangsa
Yang telah menjadi mangsa
Jangan bicara soal patriotisme
‘Perut’isme pun mereka sudah lupa
Bukan ratus, bukan ribu, tapi ratus ribu
Itu belum dikira bohjan dan bohsia
Belum dicampur penjenayah juvana
Perogol, peliwat dan penzina
Judi, arak, mencuri, merompak
Ah, tidak perlu angka statistik
Dan angka-angka komputer
Cukup sahaja dengan mata dan telinga
Untuk memastikan siapakah mereka?
Ya, siapa lagi….Melayulah jua
Lebih kronik konflik politik
Di antara parti dengan parti
Dan sesama sendiri dalam satu parti
Sama-sama nekad, sama-sama dahsyat
Musim pilihanraya - ajak kawan lawan parti lawan
Musim pemilihan - ajak kawan makan kawan
Riuh sejak lama tentang politik wang
Heboh sampai sekarang tak hilang-hilang
Bergaduh soal nyamuk membakar kelambu
Bertikai soal ‘cara’ mengorbankan ‘hala’
Terlupa soal adat dan tatasusila bangsa
Terpinggir prinsip akhlak dan hukum agama
Kuasa menjadi ‘komoditi’ yang menjanjikan laba
Bukan lagi amanah yang berisikokan dosa
Ah, semakin ramai Melayu yang ingin memimpin
Sedangkan ada yang tak layak…
Walaupun sekadar untuk dipimpin
Tak mahu jadi gerabak,
Bertolak-tolak nak jadi kepala…
Akhirnya ‘keretapi’ bangsa terhenti…
Perjalanan bangsa pun tergendala!
II
Kembalilah ke sejarah, belajarlah dari Rasulullah
Bagaimana baginda membina satu bangsa bermaruah
Sedangkan awalnya terkenal barbar dan jahiliyah
Lihat apa yang disuburkannya di peringkat Makkah
Lihat apa yang digemburkannya di peringkat Madaniah
Bukankah apa yang dihadapinya penuh persamaan
Dengan nasib kita yang sering ditimpa kehinaan
Justeru Arab jahiliyah itu cermin sejarah
Bagi setiap bangsa yang bermasalah
Belajarlah dari jahiliyah
Politiknya kacau-bilau – perang saudara tak pernah aman
Antara kabilah, bani dan suku sentiasa bercakaran
Sebab yang sedikit, perangnya berkait-kait
Ekonominya tenat – monopoli Yahudi mencengkam nadi
Telaga, pasar dan kebun dimonopoli
Terpaksa menjadi ‘hamba’ di bumi sendiri
Sosialnya parah – zina, arak, bunuh bayi
Bangsa hilang maruah, umat hilang arah
Rom dan Parsi pun tak sudi menjajah!
Itulah gambaran bangsa yang sangat tenat
Gersang, kontang, lemah, kalah
Menunggu saat untuk dicampakkan ke longkang sejarah!
Tiba-tiba datang Rasulullah membedah masalah
‘FIRST THING FIRST’ – OPERASI DI DALAM DIRI, DISELESAIKANNYA ‘SOAL HATI’
Disingkirkannya syirik, dicantasnya berhala materialistik
Lalu diperkenalkan Allah – agar cinta dan takut hanya pada-Nya
Diperkenalkan Akhirat – agar ghairah syurga dan takut neraka
Lihat alam, lihat semesta…bukti kewujudan-Nya
Jangan nafikan penciptaan kedua (akhirat)
Ketika penciptaan pertama (dunia) kini di depan mata!
Walaupun ekonomi, politik, sosial jahiliyah menghadapi masalah
Tetapi Rasulullah mendahulukan aqidah
Diperhebatkannya dakwah, dipertingkat tarbiah
Disemai iman, dituainya persaudaraan
Justeru ekonomi sakit sebab iman sedikit
Justeru politik tersasar apabila ukhwah melonggar
Justeru sosial hancur akibat iman dan ukhwah meluntur
Bukan menafikan keperluan ilmu, kepakaran teknologi
TAPI JANGAN SEKALI-KALI DIREMEHKAN SOAL HATI
Kerana ini bukan hanya soal pengetahuan
Tapi sebenarnya soal kemahuan
Bukan masalah kurang harta tapi masalah ‘miskin’ jiwa
Bukan kekuatan luaran tetapi kekuatan dalaman
Kerana bangsa tanpa kekuatan iman…
Bagai kapal hilang pedoman
Indahnya bila iman menjadi teras kepakaran dan pengetahuan
Gagahnya bila iman menjadi asas pembangunan dan kemajuan
Itulah langkah susulan selepas iman di Makkah
Rasul membina ekonomi, sosial dan siasah
Dengan roh iman di Madinah
Bukan seperti Arab Jahiliyah, yang memisahkan
Kehidupan dari aqidah
Belajarlah dari sejarah menangnya Rasulullah
Belajarlah dari sejarah kalahnya Arab Jahiliyah!
-Putera Watan
Damansara Damai
Solusi, Isu Perdana
Di suatu hari 2 orang sahabat sedang berbual-bual di sebuah perhentian bas sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah.
"Bestnya kita terpilih untuk mewakili sekolah ke KRIS'09. Alhamdulillah!" kata Alfateh sambil melonggarkan sedikit tali lehernya. Cuaca agak panas tengah hari itu.
"Yalah, sik sangka aku yang 'biasa-biasa' tok pun dapat terpilih. Maksudku, yalah aku ingat kem tok pakei nembiak alim-alim jak, sidak AJK Persatuan Islam camya," balas Farouq sambil tersenyum girang. Sangat-sangat bersyukur di dalam hatinya.
"Tapi, aku wonder juak lah, apa owh yang sepatutnya kita dapat dari kem tok. Sikkan la kita pegi sia kelak, bak kata Cikgu Melah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri! ish, ish, sik mok lah camya," sambung Farouq lagi.
"Benar ya eh! Hurm..." kata Alfateh sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Tiba-tiba, mereka disapa oleh seorang perempuan dalam umur pertengahan 20-an. Berbaju kurung hijau daun pisang dengan tudung putih yang sedikit labuh. Sejuk mata memandang.
"Assalamualaikum Alfateh, Farouq," kata Cikgu Madihah memberi salam. Cikgu Madihah merupakan guru bagi subjek Additional Maths mereka yang sangat disenangi oleh murid-muridnya. Melalui guru muda inilah Alfateh, Farouq dan rakan-rakan mereka yang lain mengenali 'usrah'.
"Waalaikumussalam cikgu," jawab mereka hampir serentak.
"Apa dibincang kitak orang tok? Suk ati jak rupa," Cikgu Madihah memulakan bicara sambil tersenyum kecil ke arah mereka.
Alfateh yang tadinya dalam kebingungan lantas tersengih-sengih.
"Owh, sikda..kamek orang hepi terpilih untuk join KRIS'09 kelak," balas Farouq.
"Owh! Tahniah sebab terpilih. insyaAllah, semoga kitak orang dapat manfaatkanlah kehadiran ke kem ya kelak," respon Cikgu Madihah.
"InsyaAllah cikgu! Cumanya, mun nak ke kem macam tok, penting juak untuk kita tauk, maksud kamek khusunya kamek orang yang sebagai peserta tok tauk apa yang sepatutnya kamek orang dapat lepas join kem tok kelak," kata Alfateh. Farouq di sebelahnya menggangguk laju. Cikgu Madihah kini telah mendudukkan dirinya di atas bangku yang terdapat di perhentian bas itu.
"Owh. Alhamdulillah, bagusnya anak-anak murid cikgu tok. Cikgu rasa apa yang penting, mudah-mudahan kefahaman terhadap Islam ya akan semakin murnilah dalam kalangan peserta. Bila dah faham Islam, insyaAllah mudahlah kita nak mengamalkan Islam," terang Cikgu Madihah.
"Owh. I see..I see. Mudah-mudahan insyaAllah cikgu," kata Farouq.
"Benar ya eh. Bak kata pepatah, sik kenal maka si cinta menar ndak?" sahut Alfateh.
Cikgu Madihah terseyum kecil lalu membalas, "Islam tok agama yang syumul. Mencakupi semua perkara bait dari segi ibadah, aqidah, hatta dari segi undang-undang kekeluargaan, perniagaan, jenayah, ekonomi, politik, akhlak dan banyak lagik pun Islam ada cover."
"Lagi satu, yang penting kita mok luaskan konsep ibadah ya kedirik. Contohnya belajar sebagai ibadah, mun betul dengan niatnya," sambung Cikgu Madihah.
"Eh, belajar pun ibadah kah? Kamek ingat ibadah tok macam sembahyang, puasa, pegi masjid, sedekah.." Alfateh agak terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut gurunya itu.
"Aok. insyaAllah mun betul niat kerana Allah, belajar, kitak orang berpanas-panas nunggu bas balit dari sekolah, molah kerja rumah, semua boleh jadi ibadah. Sebab ya lah kita tok sebagai orang Islam, sik boleh setakat kuat mengaji, kuat sembahyang, tapi studi kita abaikan. Islam sik ajar kita untuk berpuas hati dengan kerja yang sambil lewa, termsuklah dalam urusan pelajaran," terang Cikgu Madihah.
"MasyaAllah, baruk la kamek tauk cikgu," kata Alfateh.
"Jadi, perlu ada kesedaran dalam diri kita tok orang Islam, untuk kita capai cita-cita Islam, maksud cikgu mok kembalikan kegemilangan Islam, perlu ada ada kekuatan ilmu. Jangan sangka cukup dengan kita sembahyang dan berdoa, Allah akan berik kemenangan kepada umat Islam tanpa kita berusaha ke arah ya. Jadi, kalau kita menar-menar mok kembalikan kegemilangan Islam, cemerlang akademik ya salah satu alatnya. Sebab sunnatullahnya perlu berilmu untuk berjaya. Untuk berilmu, perlu belajar dan berusaha," sambung Cikgu Madihah lagi.
"Owh. Menar. Menar. Perlu sedar pentingnya cemerlang akademik," Farouq mengangguk setuju.
"InsyaAllah kitak orang ke kem ya klak, cikgu yakin akan ditekankan aspek-aspek tok selain mok menerapkan akhlak Islam dalam diri peserta. Akhlak especially, camne kita dengan mak bapak, ngan guru-guru, ngan kawan-kawan, ngan siapa-siapa jak la di sekeliling kita," kata Cikgu Madihah lagi.
Honk..honk! Tiba-tiba, perbualan mereka terganggu dengan bunyi hon kereta Kancil putih yang semakin menghampiri perhentian bas tersebut.
"Eh, nampaknya cikgu kenak beransur dolok. Nun kakak cikgu dah sampei," kata Cikgu Madihah sambil bangun dari tempat duduknya.
"Harap kitak duak dan kawan-kawan yang lain dapat menafaatkan sebaiknya kem ya klak. insyaAllah ada kesempatan kita boleh cerita banyak gik dalam usrah kelak. Bah, cikgu jalan lok. Assalamualaikum," Cikgu Madihah menghabiskan kata-katanya dan terus berlalu menuju ke kereta Kancil putih tersebut.
"Waalaikumussalam, insyaAllah cikgu," jawab Farouq dan Alfateh hampir serentak.
Jadi, antara objektif penganjuran KRIS'09 adalah:
- Memberi kefahaman Islam kepada peserta
- Menanam kecintaan terhadap cara hidup agama Islam
- Memupuk ciri-ciri akhlak mulia, konsep berbudi dan memahami tanggungjawab sebagai anak soleh dan solehah.
- Memberi kesedaran tentang kepentingan kecemerlangan akademik.
- Mewujudkan ikatan silaturrahim yang lebih erat di kalangan peserta dan AJK pelaksana
Wallahu'alam.
Meniti alam yang mencurah pelbagai rasa, Sarawak berteriakan menanti. Jaringan ISLAM perluaskan! Ayuh! MISI memperhebatkan dakwah!!!!!!
Sorotan sejarah dan keratan akhbar, banyak memaparkan kisah-kisah anak-anak remaja kini yang diserangi penyakit "misteri", hingga mereka lupa siapa diri mereka.
Ada yang hingga lupa bahawa "solat itu adalah tiang agama". Yang dahsyatnya, ada yang tidak tahu apa itu "syahadah". Na'uzubillah. Lagi-lagi di bumi Kenyalang.
Cabaran anak-anak remaja Islam adalah hebat. Berhadapan dengan budaya asing. Hingga buta pada intipati keISLAMan yang sebenar, ISLAM yang syumuliah, alamiah, waqi'ah dan lain-lain . Anutan ISLAM mereka menjadi ISLAM Sekularisme. ISLAM Liberalisme. Malah yang dasyatnya, tak tahu apa maksud ISLAM.
Atas ini, YAYASAN AMAL, JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK dan PERSATUAN MAHASISWA ISLAM SARAWAK mengambil inisiatif untuk mengelola KEM REMAJA ISLAM 2009 di MIRI.
Intipatinya: InsyaALLAH, Sahabat dan sahabiah yang dirahmati ALLAH, pada 29/5/2009 - 2/6/2009 , Yayasan AMAL Malaysia cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama ISLAM Sarawak, dan Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak (PERMIS) akan menganjurkan KEM REMAJA ISLAM 2009, di MIRI.
Sebarangan maklumat boleh sahaja berhubung terus dengan Sdr Mohamad Syukrani pada talian 019-8832372 atau email syukrans@gmail.com atau Sdri Haleeda Untong pada talian 0168315145 atau email ida_leeda@yahoo.com
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Miri
Nombor akaun: 11022010032002
Segala budi baik pihak tuan, amatlah kami hargai. Sehubungan dengan itu, diharap pihak
tuan boleh memaklumkan jumlah yang telah dimasukkan kepada individu berikut untuk mempermudahkan segala urusan kelak:
Saudara Zhaharudin di talian 0133190529
atau klik : http://kris-09.blogspot.com/
Jazakumullahu khair.
Wallahu'alam.
Selamat datang diucapkan kepada semua. Untuk makluman pengunjung yang budiman sekalian, blog ini merupakan blog rasmi untuk segala urusan hebahan daripada pihak penganjur KRIS'o9. Diharap blog ini dapat dimanfaatkan oleh anda semua sebagai satu medium untuk berinteraksi dengan tenaga kerja KRIS'o9.
Bersama-samalah kita bekerjasama dalam menjayakan KRIS'o9 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Jazakumullahu khair (May Allah rewards all of you for the good)
Labels
- Program (1)