Objektif KRIS'09

Posted by Kem Remaja Islam Sarawak [KRIS] On Wednesday, 15 April 2009 1 comments
Di suatu hari 2 orang sahabat sedang berbual-bual di sebuah perhentian bas sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah.

"Bestnya kita terpilih untuk mewakili sekolah ke KRIS'09. Alhamdulillah!" kata Alfateh sambil melonggarkan sedikit tali lehernya. Cuaca agak panas tengah hari itu.

"Yalah, sik sangka aku yang 'biasa-biasa' tok pun dapat terpilih. Maksudku, yalah aku ingat kem tok pakei nembiak alim-alim jak, sidak AJK Persatuan Islam camya," balas Farouq sambil tersenyum girang. Sangat-sangat bersyukur di dalam hatinya.

"Tapi, aku wonder juak lah, apa owh yang sepatutnya kita dapat dari kem tok. Sikkan la kita pegi sia kelak, bak kata Cikgu Melah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri! ish, ish, sik mok lah camya," sambung Farouq lagi.

"Benar ya eh! Hurm..." kata Alfateh sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Tiba-tiba, mereka disapa oleh seorang perempuan dalam umur pertengahan 20-an. Berbaju kurung hijau daun pisang dengan tudung putih yang sedikit labuh. Sejuk mata memandang.

"Assalamualaikum Alfateh, Farouq," kata Cikgu Madihah memberi salam. Cikgu Madihah merupakan guru bagi subjek Additional Maths mereka yang sangat disenangi oleh murid-muridnya. Melalui guru muda inilah Alfateh, Farouq dan rakan-rakan mereka yang lain mengenali 'usrah'.

"Waalaikumussalam cikgu," jawab mereka hampir serentak.

"Apa dibincang kitak orang tok? Suk ati jak rupa," Cikgu Madihah memulakan bicara sambil tersenyum kecil ke arah mereka.

Alfateh yang tadinya dalam kebingungan lantas tersengih-sengih.

"Owh, sikda..kamek orang hepi terpilih untuk join KRIS'09 kelak," balas Farouq.

"Owh! Tahniah sebab terpilih. insyaAllah, semoga kitak orang dapat manfaatkanlah kehadiran ke kem ya kelak," respon Cikgu Madihah.

"InsyaAllah cikgu! Cumanya, mun nak ke kem macam tok, penting juak untuk kita tauk, maksud kamek khusunya kamek orang yang sebagai peserta tok tauk apa yang sepatutnya kamek orang dapat lepas join kem tok kelak," kata Alfateh. Farouq di sebelahnya menggangguk laju. Cikgu Madihah kini telah mendudukkan dirinya di atas bangku yang terdapat di perhentian bas itu.

"Owh. Alhamdulillah, bagusnya anak-anak murid cikgu tok. Cikgu rasa apa yang penting, mudah-mudahan kefahaman terhadap Islam ya akan semakin murnilah dalam kalangan peserta. Bila dah faham Islam, insyaAllah mudahlah kita nak mengamalkan Islam," terang Cikgu Madihah.

"Owh. I see..I see. Mudah-mudahan insyaAllah cikgu," kata Farouq.

"Benar ya eh. Bak kata pepatah, sik kenal maka si cinta menar ndak?" sahut Alfateh.

Cikgu Madihah terseyum kecil lalu membalas, "Islam tok agama yang syumul. Mencakupi semua perkara bait dari segi ibadah, aqidah, hatta dari segi undang-undang kekeluargaan, perniagaan, jenayah, ekonomi, politik, akhlak dan banyak lagik pun Islam ada cover."

"Lagi satu, yang penting kita mok luaskan konsep ibadah ya kedirik. Contohnya belajar sebagai ibadah, mun betul dengan niatnya," sambung Cikgu Madihah.

"Eh, belajar pun ibadah kah? Kamek ingat ibadah tok macam sembahyang, puasa, pegi masjid, sedekah.." Alfateh agak terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut gurunya itu.

"Aok. insyaAllah mun betul niat kerana Allah, belajar, kitak orang berpanas-panas nunggu bas balit dari sekolah, molah kerja rumah, semua boleh jadi ibadah. Sebab ya lah kita tok sebagai orang Islam, sik boleh setakat kuat mengaji, kuat sembahyang, tapi studi kita abaikan. Islam sik ajar kita untuk berpuas hati dengan kerja yang sambil lewa, termsuklah dalam urusan pelajaran," terang Cikgu Madihah.

"MasyaAllah, baruk la kamek tauk cikgu," kata Alfateh.

"Jadi, perlu ada kesedaran dalam diri kita tok orang Islam, untuk kita capai cita-cita Islam, maksud cikgu mok kembalikan kegemilangan Islam, perlu ada ada kekuatan ilmu. Jangan sangka cukup dengan kita sembahyang dan berdoa, Allah akan berik kemenangan kepada umat Islam tanpa kita berusaha ke arah ya. Jadi, kalau kita menar-menar mok kembalikan kegemilangan Islam, cemerlang akademik ya salah satu alatnya. Sebab sunnatullahnya perlu berilmu untuk berjaya. Untuk berilmu, perlu belajar dan berusaha," sambung Cikgu Madihah lagi.

"Owh. Menar. Menar. Perlu sedar pentingnya cemerlang akademik," Farouq mengangguk setuju.

"InsyaAllah kitak orang ke kem ya klak, cikgu yakin akan ditekankan aspek-aspek tok selain mok menerapkan akhlak Islam dalam diri peserta. Akhlak especially, camne kita dengan mak bapak, ngan guru-guru, ngan kawan-kawan, ngan siapa-siapa jak la di sekeliling kita," kata Cikgu Madihah lagi.

Honk..honk! Tiba-tiba, perbualan mereka terganggu dengan bunyi hon kereta Kancil putih yang semakin menghampiri perhentian bas tersebut.

"Eh, nampaknya cikgu kenak beransur dolok. Nun kakak cikgu dah sampei," kata Cikgu Madihah sambil bangun dari tempat duduknya.

"Harap kitak duak dan kawan-kawan yang lain dapat menafaatkan sebaiknya kem ya klak. insyaAllah ada kesempatan kita boleh cerita banyak gik dalam usrah kelak. Bah, cikgu jalan lok. Assalamualaikum," Cikgu Madihah menghabiskan kata-katanya dan terus berlalu menuju ke kereta Kancil putih tersebut.

"Waalaikumussalam, insyaAllah cikgu," jawab Farouq dan Alfateh hampir serentak.




Jadi, antara objektif penganjuran KRIS'09 adalah:

  1. Memberi kefahaman Islam kepada peserta
  2. Menanam kecintaan terhadap cara hidup agama Islam
  3. Memupuk ciri-ciri akhlak mulia, konsep berbudi dan memahami tanggungjawab sebagai anak soleh dan solehah.
  4. Memberi kesedaran tentang kepentingan kecemerlangan akademik.
  5. Mewujudkan ikatan silaturrahim yang lebih erat di kalangan peserta dan AJK pelaksana


Semoga seluruh warga KRIS'09 baik peserta mahupun penganjur dapat mencapai objektif yang telah digariskan dengan seoptimum mungkin, insyaAllah.

Wallahu'alam.

1 comments to Objektif KRIS'09

  1. says:

    Izzati Ishak Salam alayk.. Suk ati baca dalam bahasa sendiri. Baruk zuqnya masuk dan meresap.

    Ada persoalan.
    1. Macam ney kah mekanisme peserta-peserta KRIS tok terpilih? Kita mintak every skolah yang pilih ka, atau sekadar mengiklankan dan mempublisitikan? Harap perjelaskan.
    2. Penyertaan terbuka dari student area miri dan kawasan sekitar jak ka?
    Ataupun seluruh sarawak?

Post a Comment

Labels